DIET GAGAL?????.. CUBA CARA INI..

0
Jika anda pernah mengharungi pelbagai pelan diet di mana fokusnya untuk menurunkan berat badan, namun tidak berhasil, bersedialah untuk mencuba sesuatu yang mudah. Malah jumlah wang yang dibelanjakan untuk tujuan itu bukannya sikit, pun begitu hasilnya tetap menghampakan. Selain itu, kebanyakan rejimen penurunan berat badan memerlukan disiplin diri yang ketat dan ‘bertempur’ dengan kelaparan yang amat. Ayuh, ikuti beberapa panduan tentang makanan yang sesuai untuk diet. Jangan ambil mudah ya, kenali dan cintai ia supaya  memberikan hasil yang terbaik buat diri anda.

Kawalan Kelaparan.

Kebanyakan pengamal diet yang tidak berjaya menurunkan berat badan mengakui bahawa bahagian paling sukar untuk menurunkan berat badan adalah tekanan mental yang disebabkan oleh kelaparan berterusan.
Makan merupakan bahagian penting dalam aktiviti sosial. Sesetengah orang bertambah berat dengan hanya memikirkan makanan. Nampaknya ramai di antara anda bertambah berat daripada makanan yang ringkas dan paling umum. Keadaan ini menyebabkan seluruh proses menjaga berat badan menjadi aktiviti yang tertekan dan murung.
Sebaik sahaja kita memulakan rejimen diet, tubuh anda akan masuk ke ‘daerah’ kelaparan dan menyimpan lemak sebagai cara untuk terus hidup. Kita tidak berdaya mengubahnya, ia adalah satu perkara semula jadi.
Semua halangan untuk anda mengurangkan lemak dengan jayanya, perlu diatasi untuk meminimumkan penderitaan mental dan tekanan ketika menangani masalah berlebihan berat badan. Ini disebabkan masalah yang ditunjukkan oleh majoriti pengamal diet adalah kelaparan. Jawapan yang mudah adalah untuk mencari penahan kelaparan yang berkesan dan selamat.
Banyak penahan selera makan memerlukan preskripsi doktor dan pengawasan kerana kemungkinan kesan kesihatan yang negatif. Tidak semua antara kita mahu berjumpa doktor jika ingin menurunkan berat badan. Untuk memilih penahan selera makan yang sesuai dari pelbagai jenis ramuan tanpa preskripsi bukanlah tugas yang mudah. Setiap penjual akan cuba meyakinkan anda bahawa pil, serbuk atau minuman kocaknya adalah yang terbaik. Sering kali pengamal diet mendapati apabila wangnya sudah habis, ramuan ajaib itu tidak sesuai untuk kumpulan darahnya atau beberapa alasan yang lain.
Penahan selera makan semula jadi telah lama wujud, tetapi atas sebab yang tidak berapa pasti, produk tersebut diabaikan. Salah satu sebab utama adalah pengilang produk berformulasi kimia, melalui iklan secara besar-besaran, telah membayangi kesedaran produk-produk semula jadi. Selain itu, perkara yang lebih mudah bagi seorang yang sibuk dan ingin berdiet ialah menelan pil.
Asas untuk memulakan diet yang sebetulnya adalah, anda perlu tahu dan study tentang diri anda dan keperluan tubuh badan anda. Selama bertahun-tahun makanan yang mengandungi sumber karbohidrat sering diketepikan oleh mereka yang menjalani program diet. Nasi, roti. pasta, kentang dan sebagainya dianggap sebagai punca kegemukan.
Namun, kini anda tidak lagi perlu menghiraukan perkara tersebut. Jika anda tergoda dengan kenikmatan makanan-makanan sebegini, teruskan saja niat anda untuk menikmatinya. Menurut kaedah diet dalam buku The Lover’s Diet Garb oleh Ellen Kunes, terdapat teknik tertentu yang boleh digunakan bagi membantu anda makan lebih sedikit bagi membakar kalori dengan lebih banyak.

Zat

Dalam kaedah ini, pakar diet mencadangkan agar anda mengambil spageti dan kentang. Abaikan saja jika selama ini anda diberitahu ia bertentangan dengan aturan diet. Ini kerana terdapat beberapa makanan dengan sumber karbohidrat mengandungi zat yang apabila dimakan dalam jumlah yang banyak, ia dapat bekerja secara aktif untuk mendorong penurunan berat badan.
Zat tersebut dikenali sebagai resisten. Ia terdapat di dalam makanan seperti pisang, gandum, kacang-kacangan dan kentang. Zat mi amat baik untuk membantu proses metabolisme di dalam tubuh. Perjalanan zat mi di dalam tubuh melalui sistem pencernaan menghasilkan asid lemak yang merangsang penghasilan enzim lemak terutama di daerah perut, seterusnya mendorong hati untuk membakar lemak, mempertahankan massa otot sehingga menggalakkan metabolisme serta meningkatkan harmon kenyang.

Makanan Yang Boleh Melangsingkan Badan

Pada kebiasaannya, makanan lebih sinonim untuk menggemukkan lagi seseorang. Kebanyakan orang akan berusaha mengamalkan diet untuk mengelakkan daripada berat badan mereka naik. Tetapi ada juga makanan yang baik untuk menguruskan badan. Di dalam artikel ini akan memberikan tip mengenai makanan yang dapat membantu anda untuk menguruskan badan. Berkemungkinan dengan cara ini serba sedikit dapat membantu anda untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan dengan cara yang lebih mudah.
Epal- Ia adalah merupakan sumber serat makanan yang baik. Serat makanan bukan sahaja membantu melancarkan sistem penghadaman anda, tetapi ia juga turut membantu untuk mengurangkan kolesterol di dalam badan. Selain itu, epal juga tidak menghasilkan sebarang kalori yang mungkin akan mengganggu proses anda untuk menguruskan badan.
Hasil daripada kajian juga menunjukkan bahawa seseorang yang memakan sebiji epal sehari adalah lebih baik berbanding orang yang memakan makanan diet mereka seperti roti, biskut dan sebagainya.
Ikan salmon- Sekiranya anda berasa waswas mengenai ikan, anda seharusnya tidak perlu takut terutamanya terhadap ikan salmon. Ini adalah kerana makanan laut merupakan diet yang dapat membantu anda untuk menguruskan badan. Walaupun di dalam ikan mengandungi lemak, tetapi hasil daripada kajian menunjukkan bahawa lemak tersebut dapat membantu anda untuk berasa kenyang dengan lebih lama. Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa seseorang yang memakan makanan laut beberapa kali dalam seminggu dapat menurunkan berat badan sebanyak dua paun berbanding orang yang langsung tidak memakannya.
Telur- Ia adalah sumber protein yang baik untuk seseorang. Walaupun ia mempunyai reputasi yang buruk terhadap beberapa perkara, tetapi tiada keraguan ia dapat membantu untuk menguruskan badan anda. Hasil kajian menunjukkan bahawa dengan memulakan sarapan telur pada waktu pagi, ia dapat membantu untuk melawan peningkatan berat anda sepanjang hari. Ini kerana kandungan protein di dalamnya akan membuatkan anda berasa sentiasa kenyang.
Tomato- Sebenarnya pelbagai sayuran lain elok untuk anda amalkan untuk membantu menguruskan badan. Tomato diambil sebagai contoh kerana ia merupakan sayuran yang mudah untuk dimakan di mana sahaja dan ia juga sayuran yang enak. Selain itu, ia juga elok untuk penjagaan kulit anda.
Badam (almond)- Sekiranya anda seorang yang gemar memakan makanan ringan untuk tujuan menguruskan badan, badam adalah pilihan yang terbaik. Segenggam badam dapat membantu untuk anda berasa kenyang sepanjang hari. Hasil daripada kajian menunjukkan wanita yang memakan badam sekurang-kurangnya dua kali seminggu dapat mengekalkan berat badan mereka berbanding daripada wanita yang tidak memakannya.

JIKA CARA DIATAS JUGA TIDAK DAPAT MEMBANTU ANDA....
SHAKLEE ADA SET KURUS YG TERBAIK...

Boleh hubungi saya di:

Mas
( id shaklee :1076676)
♥ sms/whatsApp: 016-6551125
♥ Emel : arya_nie@yahoo.com
♥ Fb: https://www.facebook.com/massyahvitacare sila klik LIKE utk info terkini

0 comments: