MAKANAN PENYUMBANG KALORI TERBANYAK

0
Makanan Penyumbang Kalori Terbanyak - Kita semua tahu bahawa cara terbaik untuk menurunkan berat badan adalah dengan membakarnya. Ini bererti cuma ada dua cara saja untuk mencapai berat badan yang ideal, baik makan dalam jumlah sedikit atau bersenam.
Burger Terlezat





















Jika anda memilih untuk mengurangkan kalori, anda perlu mengetahui makanan apa yang tinggi kandungan kalorinya.
Makanan yang menyumbang kalori terbesar adalah:

Mie kari
Kombinasi antara mie dan kari bersantan memang menggiurkan, namun tahukah anda sebanyak 500 kalori terkandung dalam makanan ini? Jika anda teringinkan hidangan mi berunsurkan kuah, gantikan dengan sup yang rendah kalori berbanding mi kari.
Susu pekat manis
Elakkkan menggunakan susu penuh krim setiap hari. Meskipun penuh dengan khasiat kalsium, namun kandungan gulanya sangat tinggi. Untuk makluman, satu sudu susu pekat manis biasanya mengandungi 60 kalori.
Burger
Burger tentu makanan yang kita cari jika lapar di waktu malam. Perlu diketahui bahawa satu hidangan burger biasa mengandung 475 kalori. Ini tidak termasuk keju, sos dan mayonis.
Nasi Goreng
Biasanya nasi goreng mengandungi kira – kira 630 kalori ini kerana nasinya digoreng bersama bahan – bahan lain. Boleh di makan, tetapi tidak boleh selalu.
Mayonis
Pengambilan mayonis hendaklah di kurangkan, ini kerana mayonis tinggi dengan kandungan lemak. Jika inginkan mayonis, pilihlah yang rendah lemak.
Nasi lemak
Dahulu  nasi lemak hanya di makan pada waktu pagi. Namun kini dapat di jumpai pada waktu petang dan malam  juga kerana telah banyak kafe dan restoran yang menyediakan hidangan ini. Kandungan lemak dalam nasi itu mampu membuatkan anda obesiti jika makan dalam jumlah berlebihan. Sepinggan nasi lemak mengandung kira – kira 450 – 600 kalori.
Roti canai
Senang dan cepat. Satu keping roti canai mengandung 300 kalori. Jika anda makan dua keping jumlahnya berganda.
Aiskrim
Harus ingat bahawa aiskrim tinggi kadar lemak dan gula. Dua scoop aiskrim mengandungi 380 kalori.
Donut
Jangan salah faham donut tidak menggemukkan. Donut mengandungi gula dan karbohidrat yang tinggi. Jika anda teringin, satu biji sudah memadai.

0 comments: