MAKANAN YANG TIDAK DIGALAKKAN BERCAMPUR..

0
Berhati-hatilah saat mencampur dua jenis makanan yang berbeza. Sebab, percampuran dua jenis makanan yang kurang tepat dapat mengakibatkan reaksi buruk pada tubuh kita. Demikian disampaikan Li Hongyan, ahli gizi senior dari Shanghai Tongmai Food Co.Ltd.

Selain dapat mengganggu penyerapan zat-zat penting dalam makanan, percampuran makanan yang kurang tepat dapat mengakibatkan cirit birit.  Jadi, apa yang harus kita hindari dalam mencampurkan makanan?

Menurut pakar gizi , pada umumnya tidak ada masalah mencampurkan bahan makanan anatara satu dengan yang lain. Namun diakui, ada bahan makanan tertentu yang memang tidak digalakkan bercampur dengan bahan makanan dengan yang lain iaitu:

# Jangan mencampur susu atau makanan sumber kalsium lainnya dengan sayur bayam.
“Zat yang terdapat dalam bayam, dapat menghalang penyerapan kalsium"

# Jangan minum teh setelah memakan sayur bayam.
“Makan bayam dan minum teh memang tidak digalakkan. Sebabnya, di dalam teh terdapat zat yang menghalang penyerapan zat besi,”

# Jangan minum kopi setelah makan sayur. 
"Sebab penyerapan zat besi juga akan terhalang akibat kopi".

Bagaimanapun ada juga andaian bahawa bayam dan  tauhu tidak boleh dicampur?

“Tauhu dan bayam, masing-masing mengandungi protein dan zat besi. Protein dan zat besi tidak saling menghalang penyerapan. Cuma bayam mengandungi asid oksalik yang dapat menghalang penyerapan kalsium,” jelasnya.

Makanan yang selamat untuk tubuh kita sebaiknya dimasak sebelum dimakan. Namun, bila proses pengolahannya tidak betul, zat pemakanan tidak dapat diserap secara sempurna 

“Sebagai contoh, kalau kita masak sup dan lobaknya masih keras, masuk ke dalam badan, vitamin A yang terdapat dalam lobak tidak boleh terserap secara maksimum,” 

Sebaliknya, bila proses memasaknya terlalu lama, beberapa zat penting seperti vitamin A dan C akan rosak.  Inilah yang dimaksud dengan perlakukan terhadap bahan makanan serta cara memprosesnya.

0 comments: