MANFAAT KULIT PISANG UNTUK KULIT...

0
Setelah menikmati lazatnya buah pisang, kebanyakan orang akan segera membuang kulitnya. Tapi tahukah anda kulit pisang juga bermanfaat untuk menjaga kesihatan beberapa bahagian tubuh, seperti kulit, wajah, dan mulut?

Kulit pisang kaya akan nutrisi, karbohidrat, vitamin B6, B12, magnesium dan kalium. Bukan itu sahaja, kulit pisang juga boleh meningkatkan kadar gula dan energi dalam tubuh. Berikut adalah manfaat dari kulit pisang untuk kesihatan tubuh.

1. Mengubati jerawat
Kombinasi kulit pisang dan madu yang digosokkan pada jerawat adalah ubat terbaik untuk mengatasi jerawat dan mengurangi bekas jerawat di wajah.

2. Cegah kedut
Kulit pisang memiliki kandungan antioksidan. Ia juga boleh menjaga kulit daripada terhidrat.. Dengan menggosokkannya pada kulit akan membuat kulit lebih tegang.

3. Memutihkan gigi
Gosokkan kulit pisang pada gigi setiap hari selama satu minggu untuk mendapatkan gigi putih berkilau secara semulajadi.

4. Mengurangkan rasa sakit
Kulit pisang boleh memberi kesan yang dapat mengurangkan rasa sakit pada tubuh. Jika ada bahagian tubuh yang terasa sakit, sapukan dengan menggunakan campuran kulit pisang yang dihancurkan dengan minyak urut. 

5. Menghilangkan bekas gigitan serangga
Kulit terasa sakit dan gatal setelah digigit serangga. Untuk menanganinya, cuba sapukan kulit pisang pada bahagian yang tergigit. insyallah akan hilang perlahan-lahan.. 

6. Menghilangkan kutil 
Untuk membantu menghilangkan kutil dan mencegahnya timbul lagi gosoklah bagian kulit yang terdapat kutil dan biarkan semalam. Kulit pisang juga boleh mengurangkan rasa gatal.



0 comments: