MENGAPA ASID FOLIK SANGAT PENTING UNTUK PARA IBU??..

2
Bagi kebanyakan pasangan suami isteri , kehamilan merupakan suatu hal yang sangat membahagiakan . Seorang ibu hamil perlu mendapat nutrisi yang cukup demi kesihatan janin yang dikandungnya . Salah satu nutrisi yang terpenting adalah asid folik . Kenapa asid folik penting untuk janin ?

Nutrisi - Penting - agar - Lahirkan - Bayi - Sihat - & - Cerdas
Asid folik atau juga dikenali dengan nama vitamin B9 , vitamin Bc , atau folacin adalah jenis vitamin yang larut dalam air . Asid folik terdapat secara semulajadi pada beberapa jenis makanan . Tambahan asid folik juga sudah dihasilkan dan boleh dibeli di pelbagai farmasi dan kedai ubat .
Asid folik memainkan peranan penting dalam pelbagai fungsi tubuh mulai dari sintesis DNA , memperbaiki DNA , pemetilan DNA , sampai dengan berperanan sebagai cofactor pelbagai reaksi biologi yang memerlukan folat . Asid folik penting dalam perkembangan dan pembahagian sel pada masa kehamilan dan pertumbuhan . Ia juga sangat diperlukan dalam proses pengeluaran sel darah merah yang sihat , dengan itu dapat mencegah anemia .

Asid Folik Dan Janin
Saat wanita hamil , level folat dalam darahnya akan menurun seiring kenaikan sintesa RBC pada saat separuh pertama kehamilan dan pada saat janin memerlukan folat tersebut di separuh kedua kehamilan . Janin bayi sangat memerlukan asid folik untuk perkembangan otak , tulang , dan saraf tunjang . Padahal pada empat minggu pertama usia kehamilan , kebanyakan wanita tidak sedar dirinya sedang hamil . Akibatnya banyak wanita hamil yang tidak menyedari pentingnya penambahan pengambilan asid folik untuk keperluan janin yang dikandungnya .

Bahaya Kekurangan Asid Folik Pada Janin
Sudah disebutkan sebelumnya bahawa saat wanita hamil , level folat dalam darahnya akan menurun . Keadaan kekurangan aid folik pada janin boleh mengakibatkan beberapa keadaan yang sangat serius seperti bayi yang lahir akan mengalami cacat semasa lahir . Beberapa kecacatan akibat kekurangan pengambilan asid folik diantaranya adalah :

Neural tube defect ( NTD ) atau kurang upaya pada tabung saraf .
Sakit jantung.
Bibir sumbing .
Cacat lengan .
kecacatan pada saluran air kencing .

Neural tube defect ( NTD ) atau kecacatan tiub saraf pada bayi terdiri atas spina bifida ( kelainan pada tulang belakang ) dan anencephaly ( kelainan dimana otak tidak terbentuk ) . Pengambilan asid folik yang cukup pada saat sebelum dan semasa mengandung dapat melindungi janin dari beberapa cacat bawaan lahir tersebut .

Kekurangan nutrisi asid folik juga boleh menyebabkan beberapa keadaan antaranya :
Bayi lahir tidak cukup bulan
Berat bayi yang rendah
Pertumbuhan janin yang lembap
pengguguran spontan
Komplikasi kehamilan ( gangguan plasenta dan hipertensi )

Ibu Yang  Ingin Hamil Juga Wajib Penggunaan Asid Folik.
Para ibu yang ingin hamil yang merancang akan hamil juga disyorkan sekurang-kurangnya 4 bulan sebelumnya untuk mengambil makanan kaya asid folik atau makanan tambahan asid folik kerana sudah terbukti mampu mencegah terjadinya beberapa cacat bawaan pada bayi . Jadi bukan hanya ketika sudah hamil saja .

Jumlah Pengambilan Asid Folik yang disyorkan
Jumlah pengambilan harian asid folik yang digalakkan untuk wanita yang dalam keadaan sebelum hamil adalah 400 mcg / hari . Sedangkan jumlah pengambilan harian asid folik yang dianjurkan untuk wanita hamil adalah 600-800 mcg / hari . Jadi jumlah pengambilan asid folik yang dianjurkan selama hamil mencapai dua kali ganda berbanding semasa sebelum hamil .

Digalakkan untuk tidak mengambil asid folik dari sumber makanan tambahan atau makanan yang kaya asid folik melebihi 1,000 mcg per hari untuk mengelakkan kemungkinan kesan sampingan bagi kesihatan . Sebaliknya , sumber nutrisi asid folik yang berasal dari makanan semulajadi tidak akan mengakibatkan kesan sampingan .

Makanan Dengan Kandungan Asid Folik Yang Tinggi :

Sayuran - sayuran berdaun hijau seperti bayam , asparagus , lobak , dan lain - lain
Kuning telur
Ragi roti
Produk bijirin seperti pasta ( termasuk mi segera ) , roti , dan bijirin ( termasuk bijirin segera siap makan seperti oatmeal )
Biji bunga matahari

Berikut ini adalah 10 jenis makanan yang paling banyak mengandung asid folik ( untuk per 100 gr makanan ) beserta jumlah kandungan asid folatnya :

Bijirin oat : 1600 mcg
Kacang panjang mentah : 658 mcg
Daun pudina mentah : 530 mcg
Macam2 kacang mentah : 399 mcg
Ayam daging goreng : 379 mcg
Kacang tanah : 373 mcg

Asid folik juga terbukti mampu mengurangkan kerosakan kromosom pada sperma sehingga sangat digalakkan bagi para lelaki yang menginginkan keturunan . Manfaat ini boleh didapati jika para lelaki mengambil cukup asid folik sekitar 700 mcg .

Di beberapa negara membangun , penambahan nutrisi asid folik pada beberapa jenis makanan seperti bijirin , pasta , roti , mi segera , dan pelbagai jenis makanan lain dianggap lebih menjimatkan kos daripada tindakan lain dalam rangka meningkatkan kesihatan masyarakat dunia .

Yang Perlu diperhatikan Ibu Hamil
Pastikan beberapa makanan yang akan dimakan oleh ibu hamil terutama yang dari haiwan dipastikan benar - benar dimasak untuk mengelakkan adanya bakteria coliform , salmonella dan parasit toksiplasmosis yang dapat berbahaya bagi janin . Sedangkan jika ingin mengambil sayuran atau salad mentah sebaiknya pastikan bahawa sayur-sayuran sudah dicuci bersih atau boleh dimasak separuh masak..

Rujuk dengan doktor jika menemui halangan - halangan tertentu selama masa kehamilan .
INI ADALAH BEBERAPA VITAMIN YANG DISYORKAN BAGI IBU HAMIL..


Boleh hubungi saya di:

Mas
( id shaklee :1076676)
♥ sms/whatsApp: 016-6551125
♥ Emel : arya_nie@yahoo.com
♥ Fb: https://www.facebook.com/massyahvitacare sila klik LIKE utk info terkini


2 comments: