PUNCA KEGUGURAN DI AWAL KEHAMILAN

4

Pemakanan 
Pemakanan yang tidak sihat mempengaruhi pertumbuhan bayi dalam kandungan. Elakkan makanan2 yang tajam seperti nenas, tebu , hati , limpa, minyak ikan dan beberapa lagi makanan semasa awal kehamilan. Banyakkan memakan makanan seperti susu, kekacang, sayuran dan berprotein tinggi.

Terlalu aktif
Di awal kehamilan, ibu-ibu tidak digalakkan melakukan kerja-kerja yang berat serta melakukan aktiviti lasak. Kerana kemungkinan janin di dalam rahim masih belum kukuh dan dalam proses pembentukkan. Juga tidak di galakkan terlalu lasak melakukan sesuatu aktiviti.

Berdiri dan berjalan terlalu lama dan jauh
Ia akan menyebabkan keguguran jika kita terlalu banyak berjalan. Seharusnya imbangi aktiviti ini.

Pakaian yang terlalu sempit/ketat
Mungkin kebanyakkan kita masih selesa memakai jeans atau pakaian ketat walaupun sedar diri sudah hamil. Bayi di dalam rahim tidak akan selesa dan akan menyekat peredaran darah.

Kasut tumit tinggi
Memang tidak di galakkan langsung memakai kasut tumit tinggi kerana saraf2 boleh merosakkan kandungan.

Tekanan  atau stress
Jika anda tahu anda hamil, elakkan daripada stress kerana boleh mengakibatkan keguguran. Perasaan sedih juga boleh mempengaruhi kandungan yang tidak sihat.

Tidak cukup rehat
Jika kita kepenatan juga boleh menyebabkan kaguguran. Rehat la secukupnye dan cuba berada dalam keadaan yang tenang bagi perkembangan bayi.

Tidak mengambil asid folic
 Jangan sesekali abaikan dan ambil sambil lewa. Asid folic sangat penting bagi mengelakkan bayi cacat dalam kandungan. Sebab itu penting utk mengambil asid folic SEBELUM hamil lagi.

Terlalu terkejut
Berada dalam keadaan terperanjat atau terkejut boleh juga beri kesan pada kandungan. Jika kita terlalu terkejut, bayi juga akan terkena kejutan itu. Ini boleh mengakibatkan kecacatan pada bayi.

Kandungan tidak menjadi
Kemungkinan bayi tidak menjadi maka Allah menjadikan ia gugur di dalam kandungan kita. Ada sesetengah ibu mengalami kandungan berupa buah anggur yang bermakna tidak menjadi bentuk seorang bayi. Ini semua kuasa tuhan. Dia lebih tahu yang terbaik untuk kita.

Ini hanyalah sebahagian sahaja dari punca berlakunya keguguran... Apa pun kita hanya berusaha tetapi perancanganNYA adalah yg terbaik utk kita... :)


4 comments:

  1. Sedih kalau keguguran terjadi terutama anak pertama tambah kalau dah lama menantikan cahaya matakan.Apapun yg terjadi adalah ketentuan g terbaik dariNya..

    ReplyDelete
  2. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Punca Keguguran

    ReplyDelete
  3. sedih bila mengalaminya. Lebih-lebih lagi sudah 4 tahun menanti. Allah lebih tahu apa yang terbaik.

    ReplyDelete